Home

Sunday, October 31, 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum...   

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana limpah kurnia-Nya, akhirnya blog Panitia Matematik Kolej Sultan Abdul Hamid terhasil. Blog ini adalah ditubuhkan hasil kerjasama guru-guru matematik Kolej Sultan Abdul Hamid terutama sekali Puan Ku Natrah Ku Yahaya (Guru Kanan Matematik) yang telah banyak membantu dalam penghasilan blog ini. Blog ini akan menjadi bahan rujukan dan panduan kepada para pelajar KSAH dalam mencari maklumat berkaitan tentang modul pembelajaran dan tabung koleksi-koleksi soalan terdahulu  serta aktiviti-aktiviti panitia yang dijalankan. Selain itu, para pelajar juga dapat berkongsi pendapat dan maklumat bersama guru-guru matematik KSAH berkaitan tentang info semasa yang membina dan juga berkaitan masalah-masalah pembelajaran yang dapat dapat dikongsi bersama. Akhir kata , semoga blog ini dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar serta dapat membentuk sahsiah pelajar yang membina.

Wassalam...
- Mr. Zulkifly -