Bengkel Matematik akan diadakan pada hari Sabtu, 16 Julai 2011, jam 8.30 pagi di Makmal Komputer.
Semua guru Matematik diminta hadir. Sekian terima kasih.
Daripada Ketua Panitia.
Tuesday, July 12, 2011
Tuesday, November 2, 2010
Tips Penyelesaian Masalah Matematik
Semakin tinggi kita belajar matematik, semakin sukar masalah yang bakal kita tempuhi. Jika waktu di sekolah rendah, dengan hanya satu langkah sahaja kita sudah mampu menyelesaikan masalah matematik yang diberikan tetapi jika di universiti mungkin kita perlu menghabiskan 2 helai kertas A4 untuk mendapat penyelesaian seseuatu masalah. Fonomena ini adalah biasa bak kata Uncle Ben ” with great power comes great responsibility“.
Baiklah, sebelum kita menyelesaikan masalah matematik, mari kita kenali jenis-jenis masalah dalam matematik yang sering kita temui dalam peperiksaan.
Melakukan kerja rumah adalah satu langkah yang baik untuk membantu memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah matematik. Jika anda membuat kerja rumah berkaitan dengan masalah di atas, anda dinasihatkan melakukan jalan kerja dengan sepenuhnya.
Kekerapan melakukan latihan seperti kerja rumah akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Tip-tip menyelesaikan masalah matematik.
Aplikasi 4 langkah PĂ“lya’s;
Tip menyelesaikan masalah soalan berbentuk tulisan (word problem)
Apabila melihat soalan yang panjang dihuraikan, murid biasanya akan meninggalkan soalan tersebut. Ini kerana ramai yang beranggapan yang soalan sebegini sukar.
Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.
- Siti Nurbaya -
Baiklah, sebelum kita menyelesaikan masalah matematik, mari kita kenali jenis-jenis masalah dalam matematik yang sering kita temui dalam peperiksaan.
- Masalah yang menguji daya ingatan (Penyelesaiannya ialah latih-tubi)
- Masalah yang menguji kemahiran (latih-tubi)
- Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
- Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik bukan dalam kehidupan harian.
- Masalah yang memerlukan anda menggunakan teori tertentu untuk menyelesaikanya.
Melakukan kerja rumah adalah satu langkah yang baik untuk membantu memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah matematik. Jika anda membuat kerja rumah berkaitan dengan masalah di atas, anda dinasihatkan melakukan jalan kerja dengan sepenuhnya.
Kekerapan melakukan latihan seperti kerja rumah akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Tip-tip menyelesaikan masalah matematik.
Aplikasi 4 langkah PĂ“lya’s;
- Fahami masalah : Baca keseluruhan soalan dan kenalpasti masalah yang dikemukakan.
- Rancang penyelesaian masalah anda. Kenalpasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
- Selesaikan masalah seperti yang dirancang.
- Lihat kembali adakah penyelesaian yang anda perolehi adalah munasabah. Dengan menggunakan kaedah yang sama, cuba selesaikan soalan yang lebih mudah yang anda pasti jawapanya.
Tip menyelesaikan masalah soalan berbentuk tulisan (word problem)
Apabila melihat soalan yang panjang dihuraikan, murid biasanya akan meninggalkan soalan tersebut. Ini kerana ramai yang beranggapan yang soalan sebegini sukar.
Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.
- Mula-mula kita perlu membaca keseluruhan soalan. Kenalpasti masalah yang diutarakan. Lukis gambarajah jika perlu. Ubah soalan tadi ke dalam bentuk ayat matematik.
- Selesaikan masalah matematik yang telah anda bentuk tadi.
- Tulis kembali jawapanya dalam bentuk ayat.
- Siti Nurbaya -
Sunday, October 31, 2010
Salam Perkenalan
Assalamualaikum...
Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana limpah kurnia-Nya, akhirnya blog Panitia Matematik Kolej Sultan Abdul Hamid terhasil. Blog ini adalah ditubuhkan hasil kerjasama guru-guru matematik Kolej Sultan Abdul Hamid terutama sekali Puan Ku Natrah Ku Yahaya (Guru Kanan Matematik) yang telah banyak membantu dalam penghasilan blog ini. Blog ini akan menjadi bahan rujukan dan panduan kepada para pelajar KSAH dalam mencari maklumat berkaitan tentang modul pembelajaran dan tabung koleksi-koleksi soalan terdahulu serta aktiviti-aktiviti panitia yang dijalankan. Selain itu, para pelajar juga dapat berkongsi pendapat dan maklumat bersama guru-guru matematik KSAH berkaitan tentang info semasa yang membina dan juga berkaitan masalah-masalah pembelajaran yang dapat dapat dikongsi bersama. Akhir kata , semoga blog ini dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar serta dapat membentuk sahsiah pelajar yang membina.
Wassalam...
- Mr. Zulkifly -
Subscribe to:
Posts (Atom)
